Wednesday, 18 November 2015

Sebab - sebab Mengapa Air Penting Untuk Badan

Assalamuallaikum.....


Kebiasaannya hari ini kita banyak melihat di televisyen, radio dan sebagainya tentang iklan pentingnya air dalam kehidupan manusia sehari-hari. Tapi tahukah kita mengapa pentingnya air ini untuk badan manusia. Tahukah kita bahawa hampir 70%-80% badan manusia dipenuhi oleh air dan kebanyakkan organ-organ dalam badan juga mengandungi air. Sebagai contoh, hampir 95% hati terdiri dari air. Selain daripada itu, kebiasaanya air sangat dikenali tugasnya sebagai pembuang toksin di dalam badan manusia. Di sini akan disertakan beberapa lagi sebab-sebab mengapa air penting untuk badan dan mengapa air membantu dalam mengurangkan lemak dalam badan.

1. air adalah bahan untuk hidup
manusia tidak akan dapat hidup tanpa air. manusia harus terus menerus minum air untuk memastikan supaya badan sentiasa terhidrat. air juga merupakan penawar untuk beberapa jenis penyakit seperti sakit kepala, keletihan, "joint-pain", dan  sebagainya. manusia mampu hidup berminggu-minggu tanpa makanan tapi boleh hidup 3 hari sahaja tanpa air.

2. badan manusia terdiri dari 70% - 80% air dalam badan
otak manusia terdiri dari hampir 85% air, darah terdiri dari 80% air, dan otot terdiri dari 70% air.

3. air sebagai sumber utama
adalah susah untuk badan manusia mendapatkan sumber air di dalam badan melainkan air yang di minum itu sendiri. malah, tahukah anda bahawa minuman berkarbonat dan alcohol sebenarnya mencuri untuk jumlah yang besar dari air dalam badan anda.

4. air sebagai pengangkutan dan metabolasi
air sangat penting untuk berlakunya penghadamam dan pencernaan yang baik dan penting untuk tindak balas kimia dalam penyerapan nutrisi ke dalam badan. air juga memainkan peranan yang penting dalam setiap proses di dalam badan. tahukan anda bahawa kekurangan air dalam badan menjurus kepada keletihan dan kehilangan hanya sebanyak 2% air akan menjurus kepada masalah "short-term memory", masalah penyelesaian dalam kerja matematik dan menjurus kepada masalah penglihatan mata kepada skrin digital.

5. air penting dan merupakan keperluan
air sangat penting untuk pengaliran yang sempurna di dalam badan. tahap oksigen di dalam darah akan menjadi lebih baik apabila badan terhidrasi dengan sempurna. maka dengan itu secara tak langsung ia akan menyebabkan lemak dalam badan dapat di bakar dengan lebih banyak untuk digunakan sebagai tenaga namun tanpa kehadiran oksigen, pembakaran untuk tenaga akan menjadi lambat.  oksigen yang banyak bukan sahaja membakar lemak dengan lebih berkesan namun juga menyebabkan manusia menjadi lebih bertenaga.

6. air sebagai penyah toksin dan penyejuk badan
seperti yang diketahui umum, air dapat menyahkan toksin yang berada di dalam saluran pencernaan manusia. air yang di minum juga dapat membantu menyekat selera makan manusia yang melampau dan ini akan menjurus kepada pembakaran lemak simpanan secara sistematik. hal ini membuktikan bahawa akan berlakunya penurunan lemak di dalam badan.

7. air untuk hati
sedia maklum bahawa 95% dari hati terdiri dari air. maka dengan itu, air memainkan peranan yang sangat besar untuk hati bekerja dengan 100%. apabila manusia tidak minum dengan secukupnya, ia akan memberi kesan kepada buah pinggang yang mana buah pinggang berfungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan kotor atau toksin dan bahan buangan yang lain dengan sempurna. maka dengan itu, hati terpaksa membantu dan dengan itu ia terpaksa melakukan dua kerja serentak. ini dalam masa yang sama akan membuatkan hati tidak berfungsi dengan baik untuk memproses lemak untuk dijadikan tenaga.

sesungguhnya air merupakan bendalir yang sangat penting di dalam badan manusia dan merupakan diet yang penting untuk membuang lemak di dalam badan. maka dengan itu, minumlah air sebanyak 4 liter air sehari sekurang-kurangnya. cara yang paling mudah adalah dengan memasukkan air sebanyak 4 liter ke dalam jag. kemudian pastikan jag itu kosong yakni air di dalam jag diminum sebelum tidur.

Sunday, 15 November 2015

BMI

assalamuallaikum.....

BMI adalah singkatan dari Body Mass Index yang mana BMI digunakan untuk mengukur kelas badan seseorang itu sama ada termasuk dalam golongan orang yang "under weight", "normal", "over weight", atau "obesity". Namun yang demikian itu, BMI hanya boleh diguna pakai bagi golongan biasa iaitu bukan dari golongan atlet bina badan. hal ini kerana atlet bina badan semestinya akan mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan oleh otot mereka dan bukan lemak. bagi golongan atlet bina badan, mereka lebih sesuai menggunakan kaliper untuk mengukur kelas badan mereka.

formula bagi BMI :

BMI = berat / [tinggi x tinggi (dalam meter)]

contoh :

BMI = 80 / [1.76 x 1.76]
         = 80 / 3.0976
         = 25.8 ( over weight)

Bagi norma atau norm pula, terdapat pelbagai norm yang berbeza yang digunapakai mengikut kepada jenis etnik sesebuah negara. Hal ini disebabkan oleh faktor saiz badan, pemakanan sesebuah etnik dan sebagainya. Namun yang demikian, norm yang digunakan ini sesuai untuk dijadikan rujukan semua. Norm bagi keputusan BMI adalah seperti berikut.

18.5< = under weight
18.5 - 24.4 = normal
24.5 - 28.5 = over weight
28.5 > obes