Sunday, 15 November 2015

BMI

assalamuallaikum.....

BMI adalah singkatan dari Body Mass Index yang mana BMI digunakan untuk mengukur kelas badan seseorang itu sama ada termasuk dalam golongan orang yang "under weight", "normal", "over weight", atau "obesity". Namun yang demikian itu, BMI hanya boleh diguna pakai bagi golongan biasa iaitu bukan dari golongan atlet bina badan. hal ini kerana atlet bina badan semestinya akan mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan oleh otot mereka dan bukan lemak. bagi golongan atlet bina badan, mereka lebih sesuai menggunakan kaliper untuk mengukur kelas badan mereka.

formula bagi BMI :

BMI = berat / [tinggi x tinggi (dalam meter)]

contoh :

BMI = 80 / [1.76 x 1.76]
         = 80 / 3.0976
         = 25.8 ( over weight)

Bagi norma atau norm pula, terdapat pelbagai norm yang berbeza yang digunapakai mengikut kepada jenis etnik sesebuah negara. Hal ini disebabkan oleh faktor saiz badan, pemakanan sesebuah etnik dan sebagainya. Namun yang demikian, norm yang digunakan ini sesuai untuk dijadikan rujukan semua. Norm bagi keputusan BMI adalah seperti berikut.

18.5< = under weight
18.5 - 24.4 = normal
24.5 - 28.5 = over weight
28.5 > obes




No comments:

Post a Comment