Assalamuallaikum.....
sukan pada masa kini merupakan satu keperluan pada setiap yang bernyawa dan mempunyai akal fikiran. sukan dan aktiviti senaman dapat meningkatkan tahap keyakinan dalam diri seseorang, dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang dan dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, strok dan sebagainya. jika dilihat "trend" pada masa kini, anak-anak muda sudah banyak menceburi aktiviti-aktiviti yang sihat seperti "calisthenics, freeletics, gym, HIIT (high intensity interval training), body combat, zumba, body step, body pump, yoga, pilates, bycyele RPM (range power motion), belle dancing" dan sebagainya. dari semua jenis program ini, kesemuanya mempunyai kesamaan dari sudut jenis latihan dan matlamat iaitu ingin meningkatkan tahap persembahan dalam diri masing-masing. ada yang ingin menurunkan berat badan, ada yang ingin menambah berat badan, ada yang ingin merampingkan badan, ada yang ingin mengurangkan lebihan pada bahagian tertentu dan ada yang ingin jadi lebih lentur. kesemua ini harus dicapai dengan melakukan program latihan yang betul. sekarang jika dilihat, banyak aktiviti-aktiviti dilakukan secara berkumpulan (group exercise). hal ini bagus, namun mempunyai kekurangan yang tersendiri. banyak kesalahan yang dilakukan semasa melakukan jenis aktiviti senaman yang ditunjuk oleh jurulatih. hal-hal ini tidak berlaku dalam industri "fitness" tetapi berlaku dalam industri ubat-ubatan yang mana mereka ini secara tidak langsung menggunakan senaman untuk menjual produk ubat-ubatan. pastikan kita tahu serba sedikit perkara asas sebelum melibatkan diri dalam "group exersice" seperti ini. tidak salah untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini, namun harus tahu perkara-perkara asas dalam pergerakkan, bentuk badan yang betul semasa melakukan aktiviti kerana tanpa sedikit pengetahuan, anda hanya akan merosakkan badan anda tanpa anda sedari. namun yang demikian, jika anda mengikuti "group exercise" dari "fitness-fitness centre", tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana "instructor" merupakan orang yang terlatih dan layak. berikut adalah beberapa tips sebelum melakukan sebarang aktiviti.
1. masuk ke kelas yang dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan (jika masuk "group exercise class")
- fitnessfirst, celebrityfitness, truefitness dan lain-lain yang menawarkan kelas-kelas latihan dan dilatih oleh jurulatih yang berkelayakan.
2. "warm-up" dan "cool-down" dengan betul.
-"warm-up" adalah perkara yang sangat-sangat penting yang harus diberi perhatian. jika "group" tidak melakukan warm-up dengan betul, selayakkan tinggalkan "group" tersebut dan carilah "group" lain. sesi pemanasan badan seharusnya dilakukan dalam tempoh masa yang panjang lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada cara pemanasan itu dilakukan sama ada statik atau dinamik. begitu juga dengan "cool-down", ia adalah perkara yang sangat penting. "cool-down" yang baik akan membawa dengup jantung kembali kepada paras normal. sesi penyejukan badan juga seharusnya dilakukan dalam tempoh yang lebih lama 15-20 minit dengan kiraan minimum sebanyak 8 saat bagi setiap regangan. jika "group" mengambil mudah tentang perkara ini iaitu buat dengan sekejap sahaja, selayaknya, tinggalkan "group" tersebut dan carilah "group" lain yang lebih baik.
3. pilih jurulatih yang berkelayakan.
- banyakkan soalan kepada jurulatih agar anda dapat menilai tahap kelayakan jurulatih tersebut. pastikan jurulatih melakukan demonstrasi dan menerangkan setiap kebenaran dan kesalahan secara jelas untuk setiap jenis latihan yang akan dijalankan.
4. rasa pada tempat yang sepatutnya.
- pastikan anda merasa stress pada tempat yang sepatutnya. sebagai contoh, "push-up" adalah untuk "pectoralis major" iaitu otot pada bahagian dada dan diikuti oleh "deltoid" dan "trisep". maka dengan itu, seharusnya anda rasa stress pada bahagian dada diikuti bahu dan belakang lengan. namun jika perkara ini tidak berlaku, maka anda telah salah dalam melakukan aktiviti tersebut yang mana mungkin salah dari segi teknik buatannya atau salah dari sudut pemahaman jurulatih.
5. "inhale" dan "exhale" dengan betul
- perkara yang paling mudah dilakukan namun tidak dipedulikan. lakukan dengan betul. "inhale" sebelum buat kerja, "exhale" semasa/selepas melakukan kerja.
diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit input kepada sesiapa sahaja. mohon kongsi jika ada yang tertinggal.
No comments:
Post a Comment