Assalamuallaikum....
sendi boleh dikatakan sebagai alat penghubung antara tulang dengan tulang untuk badan manusia. sendi memainkan peranan yang amat besar untuk setiap pergerakan kita. namun setiap sendi mempunyai julat pergerakannya yang tersendiri. dengan memahami setiap julat pergerakan sendi, kita dapat mengetahui kemampuan setiap sendi di badan kita. hal ini kerana terdapat sesetengah orang salah dalam menggunakan kemampuan sendi mereka. sebagai contoh, sesetengah orang memusing-musing lutut mereka semasa melakukan regangan. hal ini teramat salah kerana sendi pada bahagian lutut bukanlah dicipta untuk dipusing. dengan keadaan ini, kerosakan pada sendi tersebut boleh berlaku.
sendi yang paling mudah dan senang. ia cuma bergerak dalam 2 arah sahaja iaitu untuk ekstensi (extension) dan fleksi (flexion). struktur "hinge joints" tidak membenarkan ia bergerak ke arah kiri dan kanan atau melakukan putaran 360 darjah. contoh sendi ini adalah pada siku dan lutut. maka dengan itu, lutut tidak boleh diputarkan semasa melakukan regangan.
2. pivot joints
"pivot joints" juga hanya membenarkan pergerakan dalam 2 arah sahaja itu kiri (supinasi ) dan kanan ( pronasi). sendi ini sebenarnya yang membenarkan tulang "radius" digerakkan untuk pergerakkan pronasi dan supinasi pada tangan manakala tulang ulna berfungsi hanya untuk ekstensi dan fleksi. namun begitu kedua-dua tulang ini duduk bersebelahan bersama sendi masing-masing dengan tugas masing-masing.
3. ball and socket joints
sendi ini sendi yang paling banyak pergerakkannya berbanding dengan sendi-sendi lain. pergerakkan sendi ini termasuklah "flexion, extension, adduction, abduction, rotation" dan "circumduction". 2 contoh sendi ini pada badan manusia adalah pada bahu (shoulder) dan pinggul (hip). akan tetapi sendi pada bahagian pinggul lebih kedalam untuk lebih stabil tetapi pergerakkan terhad berbanding sendi pada bahagian bahu yang membenarkan lebih pergerakkan namun mudah tercabut.
4. ellipsoid joints
sendi ini hampir sama dengan "ball and socket joints". namun ligamen dan bentuknya yang sedikit bujur tidak membenarkan ia melakukan rotasi. walaubagaimanapun, sendi ini bergerak untuk "extension, flexion, adduction, abduction" dan " circumduction". contoh yang terbaik untuk sendi ini adalah pergelangan tangan (wrist).
5. saddle joints
sendi ini hampir sama fungsinya dengan "ellipsoid joints" namun pergerakkan rotasinya terhad disebabkan oleh struktur sendi ini. struktur sendi ini amat menarik kerana mempunyai permukaan "concave" dan "convex". sendi yang unik ini membenarkan pergerakan "extension, flexion, adduction, abduction, circumduction" dan "rotation" ( amat terhad). contoh sendi ini pada badan manusia adalah pada sendi "carpal" dan "metacarpal" (tulang ibu jari tangan).
6. plane joints
sendi yang membenarkan pergerakkan meluncur (gliding) dan rotasi (rotation). sendi ini selalunya berkumpul secara berkumpulan pada satu-satu sendi. sebagai contoh pada sendi "carpal" pada bahagian tangan dan sendi "tarsal" pada bahagian kaki. selalunya ligamen akan melekat pada sendi ini untuk menghadkan julat pergerakkan sendi ini. selain itu sendi ini juga terdapat pada bahu iaitu pada "acromian joints (AC)".